Tuesday, May 18, 2010

Berdasarkan Pemerhatian Yang Dibuat Pada 17 Mei 2010, Didapati JPJ Negeri Terengganu Telah Melaksanaan 5S Dengan Baik, Cuma Perlu Memperbaiki Komen Yang Telah Dinyatakan. Sekiranya Penambahbaikan Yang Dibuat Ini Dilaksanakan Dengan Baik, Maka JPJ Negeri Terengganu Layak Untuk Dipertimbangkan Untuk Dianugerahkan Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti.

Diantara Perkara- Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian :-

1. Menyediakan Carta Perbatuan / Perancangan Sehingga Disember 2010 Bagi Memastikan Amalan 5S Tidak Terhenti Setakat Pensijilan 5S Pada Bulan Mei 2010.

2. Menambahkan Maklumat Yang Terdapat Disudut 5S Seperti Carta Perbatuan Sehingga Hujung Tahun 2010, Meletakkan Ringkasan Laporan-Laporan Audit Dalaman Serta Memastikan Gambar Sebelum Dan Selepas Diletakkan Tarikh.

3. Pastikan Setiap Zon Mempunyai Person Incharge (PIC).

4. Sila Tanggalkan Label Yang Tidak Memberi Faedah Seperti Label Kedudukan Kaki Kerusi Selepas Kerusi Dimasukkan Ke Dalam Meja.

5. Memastikan Semua Daftar Aset Dikesmaskini.

6. Surau Dan Bilik Persalinan Perlu laksanakan Amalan 5S.

7. Sila Kemaskan Wayar Komputer, Telefon Dan Juga Sambungan Wayar Elektrik Di Atas Lantai Atau Di Stesen Kerja.

8. Borang-Borang Yang Lama Perlu Digantikan Yang Baru.

9. Barang-Barang Kelab Perlu Disusun Dan Dilabel Di Luar Kabinet.

10. Kantin, Bilik Pengawal Keselamatan, Meja Pegawai Di Pejabat Juga Perlu Melaksanakan 5S.

11. Kunci Kenderaan Perlulah Dilabel Dan Bersesuian Dengan Arahan Keselamatan.

12. Semua Cop Perlu Dilabelkan Untuk Memudahkan Pencarian.

13. Pastikan Bilik Pegawai Melaksanakan 5s.

 


Blogger Template By LawnyDesignz