Sunday, October 31, 2010




Majlis Penyampaian Sijil 5s Oleh Y.bhg. Datuk Ismail bin Ahmad Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia Sempena Majlis Sambutan Hari Kualiti Dan Hari Penguatkuasa Peringkat JPJ Negeri Terengganu.


Tuesday, August 3, 2010































Thursday, May 20, 2010

Pada 9 Jun 2010, JPJ Negeri Terengganu Akan Di Audit Oleh Malaysia Productiviti Corporation (MPC). Ia Bagi Menentukan Samada JPJ Negeri Terengganu Layak Untuk Dianugerahkan Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti.




WARGA JPJ NEGERI TERENGGANU BERSEDIA UNTUK DI AUDIT

Tuesday, May 18, 2010

Berdasarkan Pemerhatian Yang Dibuat Pada 17 Mei 2010, Didapati JPJ Negeri Terengganu Telah Melaksanaan 5S Dengan Baik, Cuma Perlu Memperbaiki Komen Yang Telah Dinyatakan. Sekiranya Penambahbaikan Yang Dibuat Ini Dilaksanakan Dengan Baik, Maka JPJ Negeri Terengganu Layak Untuk Dipertimbangkan Untuk Dianugerahkan Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti.

Diantara Perkara- Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian :-

1. Menyediakan Carta Perbatuan / Perancangan Sehingga Disember 2010 Bagi Memastikan Amalan 5S Tidak Terhenti Setakat Pensijilan 5S Pada Bulan Mei 2010.

2. Menambahkan Maklumat Yang Terdapat Disudut 5S Seperti Carta Perbatuan Sehingga Hujung Tahun 2010, Meletakkan Ringkasan Laporan-Laporan Audit Dalaman Serta Memastikan Gambar Sebelum Dan Selepas Diletakkan Tarikh.

3. Pastikan Setiap Zon Mempunyai Person Incharge (PIC).

4. Sila Tanggalkan Label Yang Tidak Memberi Faedah Seperti Label Kedudukan Kaki Kerusi Selepas Kerusi Dimasukkan Ke Dalam Meja.

5. Memastikan Semua Daftar Aset Dikesmaskini.

6. Surau Dan Bilik Persalinan Perlu laksanakan Amalan 5S.

7. Sila Kemaskan Wayar Komputer, Telefon Dan Juga Sambungan Wayar Elektrik Di Atas Lantai Atau Di Stesen Kerja.

8. Borang-Borang Yang Lama Perlu Digantikan Yang Baru.

9. Barang-Barang Kelab Perlu Disusun Dan Dilabel Di Luar Kabinet.

10. Kantin, Bilik Pengawal Keselamatan, Meja Pegawai Di Pejabat Juga Perlu Melaksanakan 5S.

11. Kunci Kenderaan Perlulah Dilabel Dan Bersesuian Dengan Arahan Keselamatan.

12. Semua Cop Perlu Dilabelkan Untuk Memudahkan Pencarian.

13. Pastikan Bilik Pegawai Melaksanakan 5s.

Wednesday, May 12, 2010

"Membudayakan Amalan 5S Untuk Jaminan Kecerian Dan Keselesaan Dalam Perkhidmatan"

Monday, May 10, 2010

Amalan 5S adalah satu aktiviti yang suka diamalkan oleh semua pihak setelah melihat akan keberkesanannya di organisasi yang CEMERLANG. Apabila dilaksanakan di pejabat atau di stor, lama-kelamaan aktiviti itu tersungkur (kembali kepada keadaan asal). Kenapa?
Mereka berkata "Kami dah amal 5S"
MPC menjawab "Organisasi Anda hanya baru amal 3S BELUM lagi capai 5S"
Organisasi tersebut hanya mengamalkan 3S sahaja! Sisih, Susun dan Sapu. Tiada amalan Seragam dan Sentiasa Amal. Elemen S ke-4 dan ke-5 merupakan budaya yang memastikan 5S itu berjaya dilaksanakan.

Sunday, May 2, 2010

Dimaklumkan Proses Pra Audit daripada Wakil MPC akan ditangguhkan kepada tarikh 17 Mei 2010 Hari Isnin. Sehubungan dengan itu, Semua Kakitangan diminta memastikan zon masing-masing telah mengamalkan amalan 5S dan membuat perubahan mengenai perubahan kakitangan sekiranya terdapat pertukaran kakitangan. Sekian.

Pada 22 April 2010 baru- baru ini, wakil MPC telah hadir ke JPJ Negeri Terengganu untuk menjalankan audit tidak rasmi mengenai 5S. Kehadiran wakil MPC tersebut disambut oleh Pengerusi 5S yang baru En. Muhammad Firdaus bin Abdullah dan En. Hashim bin Borham selaku Ketua Jawatankuasa Audit. Hasil tinjuan dan pemeriksaan yang telah dibuat, teguran yang perlu diperbaiki seperti rekod-rekod harta modal, pengurusan fail dan amalan 5s. Hasil keputusan pemeriksaan tersebut, JPJ Negeri Terengganu telah mencapai tahap 50% Amalan 5S.


Diumumkan Pertandingan Bilik Fail Terbaik telah dimenangi oleh Zon Tun Abdullah. Tahniah diucapkan kepada Zon yang berjaya. Kepada Zon yang tidak berjaya boleh mencuba dipertandingan yang lain.

Saturday, April 17, 2010

Pada 28 April 2010 ini, Jawatankuasa Pemandu 5S JPJ Negeri Terengganu telah menjemput wakil daripada MPC untuk menjalankan proses pra audit 5S. Proses pra audit ini amat penting agar pihak jabatan dapat mengetahui tahap sebenar amalan 5s dan seterusnya dapat memperbaiki teguran-teguran yang telah dinyatakan. Semua kakitangan diminta memberi kerjasama serta tidak lupa untuk memakai lencana 5S sebagai tanda sokongan amalan 5S ini.

Tuesday, April 13, 2010


Gambarajah di atas menunjukkan tatacara memakai Lencana 5S yang betul. Tatacara pemakaian ini lambat dipamerkan di dalam blog ini kerana terdapat masalah teknikal. Semua kakitangan JPJ Terengganu diminta mematuhi tatacara ini dan diwajibkan dipakai setiap hari bekerja.

Monday, April 12, 2010


Satu Majlis Meraikan Perpisahan Pengerusi 5S JPJ Negeri Terengganu Cik Shamzarina binti Abdul Razak telah diadakan baru-baru ini pada hari Khamis ( 8 April 2010 ) di foyer Perdana Aras 3 JPJ Negeri Terenganu. Beliau telah ditukarkan ke di Jabatan Perkhidmatan Awam mulai 19/04/2010. Jasa dan Pergorbanan beliau dalam membangunkan JPJ Negeri Terengganu tetap akan dikenang. Sekian

Sunday, April 11, 2010

Tuan / puan,

Disertakan senarai pemenang yang dipertandingkan pada Bulan Februari hingga Mac 2010

1. Laci Terbaik - Zon Tun Abdul Razak
2. Tandas terbaik - Zon Tunku Abdul Rahman
3. Tagging Lampu Terbaik - Zon Tun Hussein
4. Sudut Imformasi Terbaik - Zon Tun Abdul Razak
5. Pantry Terbaik - Zon Tunku Abdul Rahman
6. Bilik Mesyuarat Terbaik - Zon Tunku Abdul Rahman
7. Susunan / Seragam & Kekemasan Meja Terbaik - Zon Tunku Abdul Rahman
8. Pergerakan Pegawai Keseluruhan Terbaik - Zon Tun Abdullah
9. Pergerakan Pegawai / Individu Terbaik - Zon Tun Mahathir
10. Bilik Stor Terbaik - Zon Tunku Abdul Rahman
11. Penjenamaan Semula Blok JPJ - Nor Suryani binti Mohd Din

Tuesday, March 9, 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa semua kakitangan JPJ Negeri Terengganu dipelawa untuk menyertai Pertandingan Menamakan Semula Blok Bangunan yang berada di dalam premis JPJ Kuala Terengganu.

Sehubungan itu, para peserta dibenarkan untuk menghantar seberapa banyak borang penyertaan tetapi hanya layak menerima satu hadiah sahaja. Adalah dimaklumkan nama blok baru yang dicadangkan itu haruslah seragam diantara satu sama lain. Penilaian penyertaan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemandu 5S dan keputusan adalah muktamad.

Pemenang yang berjaya akan menerima wang tunai RM 100.00 dan Sijil Penghargaan. Borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar sebelum atau pada 10 Mac 2010 di Bilik PPTM, Aras 3, JPJ Negeri Terengganu. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi PPTM ditalian 012-9656523.

Kerjasama dan maklumbalas daripada tuan / puan amatlah dialu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
Pemenang Pertandingan

i) Jadual Pergerakan Pegawai dan Kakitangan di Setiap Zon - Zon Tun Abdullah
ii) Jadual Pergerakan Pegawai dan Kakitangan di Setiap Bilik dan Meja
- Zon Tun Mahathir

Wednesday, February 10, 2010

Perhatian kepada Semua Zon, pada minggu ke 2 dan ke 3 bulan Februari 2010 bermula pertandingan terbaru. Berikut Adalah Pertandingan Yang Dinilai :-

i) Jadual Pergerakan Pegawai dan Kakitangan di Setiap Zon
ii) Jadual Pergerakan Pegawai dan Kakitangan di Setiap Bilik dan Meja.

Penilaian Markah Akan Dilakukan Pada 25/02/2010. Harap Maklum.
Sukacitanya dimaklumkan Jawatankuasa Latihan 5S JPJ Negeri Terengganu akan mengadakan Lawatan 5S ke Majlis Perbandaran Kota Bharu Pada Tarikh dan Masa Seperti Berikut :-

Tarikh : 18/02/2010 ( Khamis )
Masa : 11.00 Pagi ( Bas Bergerak jam 7.30 pagi)

Ketua Zon Diminta menyenaraikan 6 Orang Ahli Setiap Zon Untuk Menyertai Lawatan ini. Senarai Peserta Lawatan Hendaklah Diserahkan Kepada Jawatankuasa Latihan Selewat-lewatnya Pada 16/02/2010. Sekian, Terima Kasih.
Proses penilaian markah telah dinilai oleh wakil setiap zon. Pada kali Ini wakil setiap zon tidak boleh menilai markah untuk zon sendiri. Sesi penilaian ini bermula pada jam 10.00 pagi dan tamat pada pukul 1.00 ptg.
Berikut Adalah Keputusan Pemenang Yang Telah Diumumkan

i) Tandas Terbaik - Pemenang Zon Tun Abdul Rahman
ii) Sudut Info Terbaik - Pemanang Zon Tun Abdul Razak
iii) Tagging Lampu Terbaik - Pemanang Zon Tun Hussein
iv) Susunan Laci Terbaik - Pemenang Zon Tun Abdul Razak


Tahniah diucapkan kepada zon yang berjaya, kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa. Cuma dilain pertandingan. Hadiah akan disampaikan semasa perhimpunan bulanan bulan 2 di Dewan Putra JPJ Negeri Terengganu.

Friday, February 5, 2010

Sukacita dimaklumkan pada minggu ini adalah pertandingan kecerian Zon. Proses penilaian markah akan dinilai berdasarkan seperti berikut :-
1. Tandas Terbaik
2. Label Suis Lampu Terbaik
3. Laci Terbaik
4. Sudut Info Pelanggan Terbaik
5. Keseluruhan Terbaik
Proses penilaian markah akan dijalankan pada hari Ahad (7 Feb 2010) jam 10.00 pagi oleh Jawatankuasa Audit 5S yang telah dianggotai oleh ahli panel setiap zon. Semua Ketua Zon diminta berada di zon masing-masing ketika proses penilaian dibuat.
Selasa, 2 Feb 2010 - JPJ Kemaman telah menerima kunjungan daripada kakitangan JPJ Negeri Terengganu. Lawatan ini dianggotai seramai 38 orang yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Tuan Mohamat Johari bin Mat Nor.
Tujuan lawatan ini adalah kerana JPJ Kemaman dan Cawangan yang berada di bawah JPJ Negeri Terengganu akan melaksanakan 5S di pejabat masing-masing. Rombongan telah dibawa melawat ke bahagian-bahagian utama pejabat dimana taklimat ringkas telah disampaikan oleh Ketua JPJ Kemaman Encik Md. Yasin bin Mohd.
Lawatan ini bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 4.30 setelah ketua rombongan menandatangani buku pelawat.
Sumber daripada:- KC Kemaman

Monday, February 1, 2010

Lawatan Ke TNB Kemaman Hari ini 2/02/2010 dan terut disertai Kakitangan JPJ Kemaman.

Sunday, January 31, 2010

Ucapan daripada Pengerusi 5S JPJ Negeri Terengganu dan Pengumuman Pemenang
Wakil Penerima Hadiah Zon Tun Mahathir

Sudut 5S terbaik


Sebelum keputusan diumumkan ramai kakitangan ternanti-nanti keputusan Zon yang mana berjaya memenangi sudut 5S Terbaik. Pengerusi 5S JPJ Negeri Terengganu Cik Shamzarina binti Abdul Razak telah mengumumkan pemenang Sudut 5S dimenangi oleh Zon Tun Mahathir pada Majlis Perhimpunan Bulan JPJ Negeri Terengganu bertempat di Dewan Putra. Seramai 200 orang kakitangan yang hadir pada masjlis tersebut. Pemenang Sudut 5S terbaik berjaya membawa pulang Sijil Penganugerahan dan Wang Tunai sebanyak RM???. Tahniah diucapkan kepada Zon yang berjaya dan kepada Zon yang tidak berjaya boleh berusaha lagi dalam pertandingan seterusnya.

Proses Penilaian Markah Sudut 5S telah dilakukan pada 27 Januari 2010 diketuai oleh Ketua Jawankuasa Audit 5S Encik Hashim bin Borham dan Wakil Setiap Zon. Kriteria pemilihan sudut 5S terbaik telah diputuskan semasa mesyuarat mingguan 5S baru-baru ini. Setiap zon telah mempamerkan kretiviti dan idea dalam menghiasi sudut 5S masing. Beberapa keping gambar telah diambil semasa proses penilaian markah itu seperti di bawah.

Tuesday, January 26, 2010

Sehari Sebelum Proses Penilaian Markah Sudut 5S Terbaik, Ahli Zon Telah Menggunakan Kesempatan Yang Ada Untuk Menghiasi Sudut Masing-Masing Berdasarkan Kriteria Yang DiNilai. Sebahagian Ahli Setiap Zon Masih Berada di Pejabat Sehingga Jam 12.00 Mlm. Pujian Harus Diberi Kepada Mereka Yang Tidak Mengira Waktu Untuk Memastikan Zon Masing-Masing Kelihatan Menarik dan Kemas. Harapan Kepada Ahli Zon Yang Tidak Dapat Meluangkan Masa Pada Waktu Begini Dapatlah Bekerjasama DiMasa Yang Lain...Bak Kata Pepatah Jangan Menjadi Tetamu di Rumah Sendiri...........................
Sukacita dimaklumkan, Jawatankuasa Promosi 5S akan menganjurkan Pertandingan Sudut 5S Terbaik di setiap zon. Markah penilaian akan dibuat pada 27 Januari 2010 oleh Jawatankuasa Audit 5S. Setiap zon diminta mengemaskini Sudut 5S masing-masing supaya kelihatan menarik.

Friday, January 22, 2010


Kepada Semua Warga JPJ Negeri Terengganu Yang Mempunyai Cadangan Yang Menarik Bagi Penambahbaikan Untuk Program 5S Amatlah Dialu-alukan....
Bagi Cadangan Yang Diterima... Hadiah Menarik Menanti Anda Pada Setiap Bulan... ..

Borang Yang Lengkap Diisi Hendaklah diMasukkan Ke Dalam Peti Cadangan di Sudut 5S Jawankuasa Promosi 5S di Aras G.

Wednesday, January 13, 2010


GAMBAR GOTONG ROYONG PADA 15/1/2010


Zon Tun Abdul Rahman


Zon Tun Abdul Razak


Zon Tun Hussein Onn


Zon Tun Mahathir

Zon Tun Abdullah

Semua Kakitangan JPJ Negeri Terengganu Dijemput Menghadiri Gotong Royong Perdana 5S
Pada : 15/1/2010
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tghari
Lokasi : Zon Masing-masing

Kehadiran Tuan / Puan Amatlah Dialu-alukan Dalam Menjayakan Program Yang DiRancang.

 


Blogger Template By LawnyDesignz