Thursday, May 20, 2010

Pada 9 Jun 2010, JPJ Negeri Terengganu Akan Di Audit Oleh Malaysia Productiviti Corporation (MPC). Ia Bagi Menentukan Samada JPJ Negeri Terengganu Layak Untuk Dianugerahkan Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti.




WARGA JPJ NEGERI TERENGGANU BERSEDIA UNTUK DI AUDIT

Tuesday, May 18, 2010

Berdasarkan Pemerhatian Yang Dibuat Pada 17 Mei 2010, Didapati JPJ Negeri Terengganu Telah Melaksanaan 5S Dengan Baik, Cuma Perlu Memperbaiki Komen Yang Telah Dinyatakan. Sekiranya Penambahbaikan Yang Dibuat Ini Dilaksanakan Dengan Baik, Maka JPJ Negeri Terengganu Layak Untuk Dipertimbangkan Untuk Dianugerahkan Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti.

Diantara Perkara- Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian :-

1. Menyediakan Carta Perbatuan / Perancangan Sehingga Disember 2010 Bagi Memastikan Amalan 5S Tidak Terhenti Setakat Pensijilan 5S Pada Bulan Mei 2010.

2. Menambahkan Maklumat Yang Terdapat Disudut 5S Seperti Carta Perbatuan Sehingga Hujung Tahun 2010, Meletakkan Ringkasan Laporan-Laporan Audit Dalaman Serta Memastikan Gambar Sebelum Dan Selepas Diletakkan Tarikh.

3. Pastikan Setiap Zon Mempunyai Person Incharge (PIC).

4. Sila Tanggalkan Label Yang Tidak Memberi Faedah Seperti Label Kedudukan Kaki Kerusi Selepas Kerusi Dimasukkan Ke Dalam Meja.

5. Memastikan Semua Daftar Aset Dikesmaskini.

6. Surau Dan Bilik Persalinan Perlu laksanakan Amalan 5S.

7. Sila Kemaskan Wayar Komputer, Telefon Dan Juga Sambungan Wayar Elektrik Di Atas Lantai Atau Di Stesen Kerja.

8. Borang-Borang Yang Lama Perlu Digantikan Yang Baru.

9. Barang-Barang Kelab Perlu Disusun Dan Dilabel Di Luar Kabinet.

10. Kantin, Bilik Pengawal Keselamatan, Meja Pegawai Di Pejabat Juga Perlu Melaksanakan 5S.

11. Kunci Kenderaan Perlulah Dilabel Dan Bersesuian Dengan Arahan Keselamatan.

12. Semua Cop Perlu Dilabelkan Untuk Memudahkan Pencarian.

13. Pastikan Bilik Pegawai Melaksanakan 5s.

Wednesday, May 12, 2010

"Membudayakan Amalan 5S Untuk Jaminan Kecerian Dan Keselesaan Dalam Perkhidmatan"

Monday, May 10, 2010

Amalan 5S adalah satu aktiviti yang suka diamalkan oleh semua pihak setelah melihat akan keberkesanannya di organisasi yang CEMERLANG. Apabila dilaksanakan di pejabat atau di stor, lama-kelamaan aktiviti itu tersungkur (kembali kepada keadaan asal). Kenapa?
Mereka berkata "Kami dah amal 5S"
MPC menjawab "Organisasi Anda hanya baru amal 3S BELUM lagi capai 5S"
Organisasi tersebut hanya mengamalkan 3S sahaja! Sisih, Susun dan Sapu. Tiada amalan Seragam dan Sentiasa Amal. Elemen S ke-4 dan ke-5 merupakan budaya yang memastikan 5S itu berjaya dilaksanakan.

Sunday, May 2, 2010

Dimaklumkan Proses Pra Audit daripada Wakil MPC akan ditangguhkan kepada tarikh 17 Mei 2010 Hari Isnin. Sehubungan dengan itu, Semua Kakitangan diminta memastikan zon masing-masing telah mengamalkan amalan 5S dan membuat perubahan mengenai perubahan kakitangan sekiranya terdapat pertukaran kakitangan. Sekian.

Pada 22 April 2010 baru- baru ini, wakil MPC telah hadir ke JPJ Negeri Terengganu untuk menjalankan audit tidak rasmi mengenai 5S. Kehadiran wakil MPC tersebut disambut oleh Pengerusi 5S yang baru En. Muhammad Firdaus bin Abdullah dan En. Hashim bin Borham selaku Ketua Jawatankuasa Audit. Hasil tinjuan dan pemeriksaan yang telah dibuat, teguran yang perlu diperbaiki seperti rekod-rekod harta modal, pengurusan fail dan amalan 5s. Hasil keputusan pemeriksaan tersebut, JPJ Negeri Terengganu telah mencapai tahap 50% Amalan 5S.


Diumumkan Pertandingan Bilik Fail Terbaik telah dimenangi oleh Zon Tun Abdullah. Tahniah diucapkan kepada Zon yang berjaya. Kepada Zon yang tidak berjaya boleh mencuba dipertandingan yang lain.
 


Blogger Template By LawnyDesignz