Saturday, April 17, 2010

Pada 28 April 2010 ini, Jawatankuasa Pemandu 5S JPJ Negeri Terengganu telah menjemput wakil daripada MPC untuk menjalankan proses pra audit 5S. Proses pra audit ini amat penting agar pihak jabatan dapat mengetahui tahap sebenar amalan 5s dan seterusnya dapat memperbaiki teguran-teguran yang telah dinyatakan. Semua kakitangan diminta memberi kerjasama serta tidak lupa untuk memakai lencana 5S sebagai tanda sokongan amalan 5S ini.

Tuesday, April 13, 2010


Gambarajah di atas menunjukkan tatacara memakai Lencana 5S yang betul. Tatacara pemakaian ini lambat dipamerkan di dalam blog ini kerana terdapat masalah teknikal. Semua kakitangan JPJ Terengganu diminta mematuhi tatacara ini dan diwajibkan dipakai setiap hari bekerja.

Monday, April 12, 2010


Satu Majlis Meraikan Perpisahan Pengerusi 5S JPJ Negeri Terengganu Cik Shamzarina binti Abdul Razak telah diadakan baru-baru ini pada hari Khamis ( 8 April 2010 ) di foyer Perdana Aras 3 JPJ Negeri Terenganu. Beliau telah ditukarkan ke di Jabatan Perkhidmatan Awam mulai 19/04/2010. Jasa dan Pergorbanan beliau dalam membangunkan JPJ Negeri Terengganu tetap akan dikenang. Sekian

Sunday, April 11, 2010

Tuan / puan,

Disertakan senarai pemenang yang dipertandingkan pada Bulan Februari hingga Mac 2010

1. Laci Terbaik - Zon Tun Abdul Razak
2. Tandas terbaik - Zon Tunku Abdul Rahman
3. Tagging Lampu Terbaik - Zon Tun Hussein
4. Sudut Imformasi Terbaik - Zon Tun Abdul Razak
5. Pantry Terbaik - Zon Tunku Abdul Rahman
6. Bilik Mesyuarat Terbaik - Zon Tunku Abdul Rahman
7. Susunan / Seragam & Kekemasan Meja Terbaik - Zon Tunku Abdul Rahman
8. Pergerakan Pegawai Keseluruhan Terbaik - Zon Tun Abdullah
9. Pergerakan Pegawai / Individu Terbaik - Zon Tun Mahathir
10. Bilik Stor Terbaik - Zon Tunku Abdul Rahman
11. Penjenamaan Semula Blok JPJ - Nor Suryani binti Mohd Din
 


Blogger Template By LawnyDesignz