Sunday, November 29, 2009







Lawatan ke MBKT ini telah diadakan pada 18 November 2009 dan diketuai oleh Tuan Pengarah JPJ Negeri Terengganu iaitu Tuan Abdul Rahman Emang Anyie. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan yang belum memahami pelaksanaan 5s dan seterusnya mengeratkan silaturahim diantara JPJ Negeri Terengganu dan MBKT. Kebanyakkan kakitangan yang menyertai lawatan ini adalah terdiri daripada ketua kumpulan setiap zone.

Saturday, November 21, 2009





Aktiviti Pertama yang telah dilaksanakan adalah Sisih. Semua barang-barang yang tidak digunakan disisih dan diletakkan suatu tempat yang khas di setiap zone. Setiap zone telah diberikan tempoh selama 2 minggu untuk melaksanakan aktiviti sisih ini.
Zone Tun Abdullah

Zone Tun Abdul Razak


Zone Tun Abdul Rahman








Zone Tun Mahathir

Zone Tun Hussein Onn

Friday, November 20, 2009



Majlis Pelancaran Pelaksanaan Amalan 5S telah diadakan pada 22 Oktober 2009 di Dewan Putra, JPJ Negeri Terengganu. Majlis ini ini telah dirasmikan oleh Pengarah JPJ Negeri Terengganu Tuan Abdul Rahman Emang Anyie Selaku Penasihat 5S. Seramai 200 orang warga JPJ Negeri Terengganu telah hadir semasa majlis perasmian tersebut.


Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Ini Diadakan Setiap Hari Isnin Setiap Minggu dan Dipengerusikan Oleh Pen. Pengarah Bahagian Pelesenan Pemandu.
Ahli mesyuarat terdiri daripada :
1. Pengerusi 5S
2. Timbalan Pengerusi 5S
3. Penyelaras 5S
4. Ketua Jawatankuasa Latihan
5. Ketua Jawatankuasa Promosi
6. Ketua Jawantankuasa Audit
7. Bendahari 5S
8. Ketua Jawatankuasa Pemandu
Terdapat 5 Zone Yang Terlibat :
1. Zone Tun Abdul Rahman
2. Zone Tun Abdul Razak
3. Zone Tun Hussein Onn
4. Zone Tun Mahathir
5. Zone Tun Abdullah

Setiap Zone Ini Akan Dipecahkan Kepada Kumpulan - Kumpulan Kecil yang Diketuai Seorang Ketua Yang Telah Dilantik

Lawatan Ke JKPTG Pada 28/09/2009




Lawatan Ke TNB Kuala Berang Pada 28/09/2009
LOGO 5S JPJ TERENGGANU



MOTO 5S

PERSEKITARAN CERIA KERJA SELESA

Seiri : sisih
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.

Seiton : susun
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ia dapat diambil dengan mudah untuk digunakan.

Seiso : sapu
Bersihkan tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.

Seiketsu : seragam
Memelihara tahap penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.

Shitsuke : sentiasa amal
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya.
 


Blogger Template By LawnyDesignz