Monday, May 10, 2010

Amalan 5S adalah satu aktiviti yang suka diamalkan oleh semua pihak setelah melihat akan keberkesanannya di organisasi yang CEMERLANG. Apabila dilaksanakan di pejabat atau di stor, lama-kelamaan aktiviti itu tersungkur (kembali kepada keadaan asal). Kenapa?
Mereka berkata "Kami dah amal 5S"
MPC menjawab "Organisasi Anda hanya baru amal 3S BELUM lagi capai 5S"
Organisasi tersebut hanya mengamalkan 3S sahaja! Sisih, Susun dan Sapu. Tiada amalan Seragam dan Sentiasa Amal. Elemen S ke-4 dan ke-5 merupakan budaya yang memastikan 5S itu berjaya dilaksanakan.
 


Blogger Template By LawnyDesignz