Tuesday, March 9, 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa semua kakitangan JPJ Negeri Terengganu dipelawa untuk menyertai Pertandingan Menamakan Semula Blok Bangunan yang berada di dalam premis JPJ Kuala Terengganu.

Sehubungan itu, para peserta dibenarkan untuk menghantar seberapa banyak borang penyertaan tetapi hanya layak menerima satu hadiah sahaja. Adalah dimaklumkan nama blok baru yang dicadangkan itu haruslah seragam diantara satu sama lain. Penilaian penyertaan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemandu 5S dan keputusan adalah muktamad.

Pemenang yang berjaya akan menerima wang tunai RM 100.00 dan Sijil Penghargaan. Borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar sebelum atau pada 10 Mac 2010 di Bilik PPTM, Aras 3, JPJ Negeri Terengganu. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi PPTM ditalian 012-9656523.

Kerjasama dan maklumbalas daripada tuan / puan amatlah dialu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
Pemenang Pertandingan

i) Jadual Pergerakan Pegawai dan Kakitangan di Setiap Zon - Zon Tun Abdullah
ii) Jadual Pergerakan Pegawai dan Kakitangan di Setiap Bilik dan Meja
- Zon Tun Mahathir
 


Blogger Template By LawnyDesignz